KEPIMPINAN & ORGANISASI
APRIL 12,2020
DAPATAN KAJIAN
TAHAP PENGETAHUAN PERKHIDMATAN
BIMBINGAN DAN KAUNSELING DARI DIMENSI KONTEKS GURU B&K DAN BUKAN GURU
B&K
Kerelevan objektif
perkhidmatan bimbingan & kaunseling dengan FPN

(Sumber : Dipetik dan dubahsuai daripada Manchelah
A/P Natesan, 2017)
Kenyataan diatas merupakan salah seorang daripada lima orang responden menjelaskan
kerelavan objektf perkhidmatan B&K dengan FPN.
Sikap guru bimbingan & kaunseling
di sekolah

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Manchelah
A/P Natesan, 2017)
Kenyataan diatas mengenai sikap guru B&K dalam penerimaan sebagai
guru B&K sepenuh masa di mana secara keseleuruhannya mengatakan tidak
banyak maklumat yang belajar di university dapat digunakan di sekolah.
Mempunyai kenyakinan diri yang
cukup tinggi dalm menjalankan perkhidmatan B&K

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Manchelah
A/P Natesan, 2017)
Kenyataan di atas mengatakan bahawa guru B&K mempunyai cukup
pengalaman dan terlatih menyebabkan merek lebih berkeyakinan dalam membuat
kerja. Namun, mereka juga berpandangan bahawa mereka mestilah sentiasa membuat
penambahbaikan kemahiran mereka mengikut perkembangan dari semasa ke semasa
seperti Pendidikan Pencegahan Dadah dan Psiko-sosial dan Kesejahteraan Mental
kerana baru-baru ini begitu banyak kes seperti berikut berlaku.
Tahap Keberkesanan Pelaksanaan
Perkhidmatan B&K dari dimensi input di sekolah menengah Malaysia

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Manchelah
A/P Natesan, 2017)
Jadual menunjukkan aspek pengetahuan dan kemahiran mempunyai min yang
paling tinggi (min = 4.29 dan sp = 0.37). Dari segi perkembangan sosial (min =
4.31 dan sp = 0.41), perkembangan Pendidikan (min = 4.33 dan sp = 0.39 ) dan
perkembangan kerjaya (min = 4.24 dan sp = 0.42). Seterusnya diikuti oleh
sokongan pengetua (min – 3.97 dan sp = 0.47), pengurusan kewangan (min = 3.75
dan sp = 0.49 ), latihan dalam perkhidmatan (min = 3.60 dan sp = 0.42) dn
kemudahan dan bahan rujukan (min = 3.08 dan sp = 0.73). Secara keseluruhannya
menunjukkan keberkesanan pelaksanaan perkhidmatan B&K dari dimensi input di
sekolah menengah Malaysia berada pada tahap tinggi (min = 3.87 dan sp = 0.33)
Tahap keberkesanan
perlaksanaan perkhidmatan B&K dari dimensi produk di sekolah menengah Malaysia

(Sumber : Dipetik dan diubahsuai daripada Manchelah
A/P Natesan, 2017)
Jadual diatas menunjukkan aspek pencapaian objektif perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling mempunyai min yang paling tinggi (min = 4.02 dan sp = 0.41).
Perubahan sikap pelajar juga menunjukkan min pada tahap tinggi (min = 3.88 dan
sp = 0.31). Secara keseluruhannya menunjukkan keberkesanan pelaksanaan
perkhidmatan Bimbingan dan Kaunselng dari dimensi produk di sekolah menengah
Malaysia berada pada tahap tinggi (min= 3.92 dan sp = 0 .31).
Peranan PK Petang
Mengajar
I.Memahami, menghayati dan mengamalkan kehendak dan tuntukan sukatan pelajaran
II.Mengendalikan pengajaran dan pembelajaran iaitu P&P dengan berkesan.
III.Membimbing murid memperolehi ilmu, kemahiran dan mengamalkan sikap positif.
IV.Membuat penilaian dan mengambil tindakan yang sepatutnya kepada sesuatu masalah.
Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Kurikulum
I.Membahagikan tugasan akadwmik kepada guru-guru yang lain
II.Menyelaras atau menguruskan maesyuarat kedua panitia.
III.Menyelia dan mengemaskinikan jadual awaktu
IV.Menyemak dan menandatangani nuku rekod persediaan mengajar guru sesi petang.
V.Mengurus hal-hal peperiksaan dalaman-bulanan, hujung penggal dan hujung tahun
VI.Merancang program kepada murid dan guru bagi kemajuan akademik
VII.Menguruskan “sit-in” daari semasa ke semasa atau apabila diperlukan.
Membantu Guru Besar dalam Urusan Pendtadbiran Harian
I.Menyemak kehadiran ahli-ahli staf sesi petang
II.Menyelia khidmat bimbingan dan kaunseling
III.Mengurus data dan maklumat bagi perancangan pembangunan sekolah secara amnya
IV.Mengendalikan perhimpunan mingguan sesi petang
V.Merancang program pengajaran dan pembelajaran agar berjalan lancar.
Membantu Guru Besar dalam Pengurusan Disiplin dan Kebajikan Murid
I.Maksimakan kegunaan kemudahan dan kelengkapan sedia ada
II.Mengawas keselamatan , kebajikan dan kesihatan murid-murid sesi petang
III.Mengemaskinikan pelbagai rekod kes-kes disiplin murid sesi petang
IV.Mengendalikan kes-kes kecemasan atau salahlaku murid sesi petang
V.Mengendalikan kes-kes perpindahan murid
Membantu Guru Besar dalam Pnegurusan Staf
I.Menyelia tugas-tugas guru dan kakitangan sesi petang
II.Menyelaraskan jadual waktu guru-guru pelatih atau guru baru yang baru berpindah.
III.Menyelia kelas-kelas pemulihan
IV.Mengagihkan tugas-tugas kepada staf bukan guru sesi petang
Membantu Guru Besar Dalam Tugas-Tugas Lain
I.Menjalankan tugas rasmi semasa ketiadaan Guru Besar
II.Merancang dan menguruskan pentadbiran sekolah secara amnya
III.Menganggotai mana-mana jawatankuasa perbadanan dalam sekolah.
Peranan Guru Kaunseling
o Berperanan sebagai agen pendidikan Negara dimana berpotensi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dan harmonis seperti yang terkandung dalam falsafah pendidikan Negara.
o Memberi perkhidmatan kaunseling kepada pelajar mengikut kerelaan pelajar atau dibawa oleh guru-guru ke bilik kaunseling.
o Menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungan dengan dunia sosial dan psikologi di persekitaran dan seterusnya bagi mengenali siapa dirinya yang sebenar.
o Menolong pelajar untuk bertingkah laku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap, kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
o Menentukan atau memastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran perkembangan psikososial pelajar dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan lain.
o Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pengembangan anaknya, keperluan-keperluannya dan peluang-peluang lain di persekitarannya dengan tujuan untuk menambahkan kebolehan, memberi sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
RUJUKAN
Manchelah A/P Natesan. (2017). Keberkesanan
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Menengah di Malaysia. Jurnal
. Kuala Lumpur: fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Daripada: http://student
srepo.um.edu.my/7949/
NURUL QISTINA BINTI MOHD AYOB (D20191088655)
I.
No comments:
Post a Comment