Sunday, April 12, 2020

KEPIMPINAN DAN ORGANISASI KPS 3014

KPS 3014 DATA ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

5.0 PERBINCANGAN

1. Apakah gaya kepimpinan yang paling sesuai diamalkan oleh kepimpinan atau pengetua?
Pada pendapat saya demokratik adalah gaya kepimpinan yang paling sesuai yang patut diamalkan oleh pemimpin dimana pemimpin sentiasa menerima pendapat orang lain dan keputusan akan dicapai bersama. Kaedah ini lebih berkesan kerana memperoleh jawapan atau keputusan yang boleh memuaskan semua pihak dan agak adil keputusan tersebut diputuskan. Kaedah ini juga tidak akan berlakunya penindasan dimana orang bawah  atau atas berpeluang memberi cadangan atau bersuara bagi pendapat masing-masing. Seterusnya , memberi kesan yang positif kepada semua pihak dan menjadikan seseorang itu berfikiran terbuka kerana belajar mendengar dan menerima pandangan orang lain.

 2.Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin / pengetua yang berkesan dalam sesebuah organisasi ?
Pada pendapat saya antara ciri-ciri yang perlu ada bagi seorang pemimpin adalah memahami dimana seseorang pemimpin tersebut memahami orang bawahan nya terlebih dahulu sebelum mengambil atau membuat apa-apa keputusan. Hal ini bagi meringankan beban orang bawah dan tidak menjadikan seseorang pemimpin tersebut bersikap pentingkan diri sendiri. Seorang pemimpin juga haruslah bersikap tegas supaya orang bawah tidak hilang hormat kepada orang atasan. Selain itu, seseorang pemimpin haruslah mempunyai keyakinan yang tinggi supaya orang bawahan merasa yakin dengan setiap keputusan atau tugasan yang diberikan kepada mereka tersebut adalah serius dan bukannya main-main. Sekiranya seorang pemimpin tersebut tidak mempunyai keyakinan yang tinggi ia boleh menyebabkan orang bawah ragu-ragu dengan tindakan beliau dan jugakeputusan yang ditetapkan oleh beliau juga tidak menyakinkan.

  3.Huraikan kepentingan organisasi dan kepimpinan yang baik di sekolah.
Pada pendapat saya organisasi itu amat penting bagi menjalankan sesuatu dengan baik. Terutamanya di sekolah dimana sekolah amat memerlukan satu organisasi yang kukuh supaya orang yang bertanggungjawab melakukan kerja dengan lebih tekun dan sentiasa bersedia untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan menyiapkan nya mengikut waktu yang ditetapkan. Dengan ini pengurusan sesebuah sekolah lebih lancar dan tidak ketinggalan dengan sekolah-sekolah yang lain. Seterusnya dengan adanya organisasi ini setiap guru tahu apa tugasannya atau peranan dalam menyiapkan sesuatu tugasan yang diberikan dan tidak menjadikan seseorang guru tersebut bersikap lepas tangan atau mengambil mudah atas tugasan yang diberikan.


No comments:

Post a Comment